Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Snag a Button

SYAHIRA AZMAN

.This is my LIFE.
Profile Graphics, Page Graphics
.21 MAY 1992.
ad + cunti + onte + kakcik + o'ah + adek + penDEK + ahPAN + kapten HEBAT + cik SHORTY + kecik + cot + ira + adeng + ady + syira + sya + cek mek + bubu +
ex : SKDIS, SAAT2, SKMS, SAAT3, SKPG3, SIGSJB, KMNS.. now : USM penang.

Friday, February 17, 2012

Silent TAlker X_x

kali ni penDEK nak cerita tentang satu istilah yang penDEK tak tahu penDEK dapat dari mana. penDEk hanya terfikir. dan penDEK dapat memahami silent talker ni.

penDEK ada buat sedikit kajian, penDEK cari kat yahoo.ans apakah silent talker ni. dan bagi pendapat penDEK...

'Silent Talker'  (singkatan ST) 
merupakan seseorang yang suka berkata-kata dalam diam. ini bukan bermakna untuk mengumpat. ST ini hanya berkata-kata melalui penulisan. ST ingin berkata-kata, luahkan apa yang mereka rasa tapi mereka tidak mempunyai kudrat untuk mengatakannya.
mereka mempunyai sifat seperti pemalu, kurang mesra atau mesra terhadap orang tertentu sahaja, cuba untuk menghargai hubungan mereka, kurang berpengetahuan sehinggakan mereka memerlukan masa yang lama untuk berkata tentang sesuatu. mereka juga mungkin seorang yang teliti, mereka perlu berfikir sedalam-dalamnya untuk berkata-kata. mereka kurang menyakitkan hati orang lain kerana sememangnnya mereka kurang berkata-kata. tapi, mungkin juga ada yang terasa, kerana mereka diam sahaja. sesungguhnya pandangan manusia berbeza-beza. sukar untuk dijangka. ST lebih suka menulis berbanding berkata-kata. mereka lebih kerap memencilkan diri. kita sukar mengetahui isi hati si ST kerana mereka lebih suka menyimpannya dan lebih kronik lagi 'berdendam'. namun, terdapat kemudahan lain untuk mengenali si ST dengan lebih mendalam.

cara si Silent Talker 


si ST ini berkata-kata menggunakan penulisan.
sekarang ada Facebook, twitter, blogger dan banyak lagi. dari laman web sosial ini, mereka membuka minda mereka lebih luas dimana mereka tidak perlu berhadapan dengan orang lain untuk berbual. kemudahan chatting untuk mereka berbual, bergurau mesra walaupun hanya melalui penulisan. malahan, bagi pasangan bercinta atau mana insan yang mempunyai perselisihan faham dengan si ST, janganlah marah mereka secara berhadapan. sifat peMALU mereka menyebabkan mereka mudah terluka dan tidak akan melawan. sifat ini juga menyebabkan si ST mudah berdendam. seboleh-bolehnya, selesaikan dengan cara 'slow talk'. buat sesi luahan perasaan. ataupun selesaikan dengan menggunakan perkhidmatan SMS@chatting. kemungkinan, si ST akan kembali ceria apabila berjumpa dan berpura-pura tiada apa-apa yang berlaku. berblogging adalah cara mereka menceritakan kisah hidup mereka.

bahaya si Silent Talker

  • mudah terluka
  • tertekan
  • berDENDAM
  • membawa kepada migrain, Depression 
jika Si Silent Talker ini dalam bahaya, kemungkinan menyebabkan kejadian amuk, silent killer, bunuh diri

p/s : si ST mungkin boleh memberitahu sifat-sifat orang yang menyakitinya di FB.. opppsss.. bahaya 

jadi, bantulah si silent talker ini, bawa mereka berbual, jangan biarkan mereka keseorangan. mudah-mudahan mereka akan berubah tapi bukan dengan paksaan. insya-ALLAH :)

#ini hanyalah pandangan penDEK. harap dapat berkongsi. jika ada pandangan, salah dan silap, harap dapat perbetulkan. 

apabila diri tiada berGUNA

RT : apabila anda ingin berbahagia, buatlah dirimu berguna

masalahnya, saya ni berguna ke?
#uselesssss...


penDEK baru terfikir, penDEK baru terasa. tak berguna aku ni. esp, kepada kawan-kawan dan mereka disekeliling penDEK. kadang-kadang, bila mereka berbual, penDEK tak ada idea apa-apa nak dibualkan.

penDEK pernah update : ask me NOTHING, i'm USELESS 

sebenarnya banyak kali penDEK terasa. penDEK tak mudah berbual walaupun penDEK nampak mesra. itu semua hanyalah PICISAN semata-mata.
dan tak perlulah kawan-kawan tanya apa-apa kat penDEK. sebab penDEK tak ada pengetahuan apa-apa nak jawab. bukan sekali terasa, banyak kali. dan menyebabkan penDEK sendiri putus asa. penDEK tak nak kecewakan kawan-kawan. tapi malangnya, penDEK yang kecewa dengan diri sendiri. huu.. SEDIH..

seterusnya : saya tahu saya lapar.. tapi saya 


tak makan orang.. jangan takut dengan saya


penDEK perlukan kawan, tapi mungkin salah penDEK juga. penDEK kurang ambil tahu tentang hal orang lain. jadi, orang lain tak perlu ambil tahu pasal penDEK.








i'm NOTHING and I'm LOST : penDEK

Sunday, January 22, 2012

bukan TAMAK cuma tak nak kehilangan

AMARAN!
post kali ni ayat novel sikit. agak jiwang dan melayan perasaan :P

saat ni, perkataan sayang tu bermain-main di kepala ni. antara menyayangi dan disayangi, yang mana patut disusun dalam ayat jiwang2 terlebih dahulu??

for sure la di sayangi.. kenapa? sebab kalau kita pasti orang tu sayang kita, tinggal giliran kita pula untuk menyayangi.

kalau menyayangi dahulu, sukar untuk kita membuat orang yg kita sayang tu, sayang kt kita balik. dan mungkin tidak sedikit pn ada rasa sayang kt kita.

tapi,, siapa nak mulakan bab sayang-sayang ni.. kalau semua orang tunggu untuk disayangi, siapa nak menyayangi. sebab tu la tuhan maha adil, berikan kita perasaan. bukan untuk di sakiti. tapi untuk disayangi sesama kita.

renung-renungkan....

dan 
tajuk sebenar, bukan tamak, cuma tak nak kehilangan.
apa perasaan bila ada org sayang kita? bahagia gilaaa kan? terharu sangat..
so, kumpulkanlah orang yg sayang kita, dan belajar untuk menghargai mereka,  ini bukan tamak, cuma tak nak kehilangan. cuba bayangkan kalau satu hari nanti tak ada orang sayang kita? aiyok! tak tahu. penDEK tak nak keseorangan, penDEK takut. jangan marah penDEK, mungkin cara penDEk salah. perbetulkanlah pemikiran penDEk. 

penDEk tahu tamak tu tak bagus, bila ada orang sayang, penDEK pergi kejar orang yang belum tentu sayang penDEk. bodoh ke macam tu? hmm.. tak apalah, penDEK usha dari FB pun cukuplah.. tapi sampai bila penDEK nak mengejar ni, nanti makin pendek lak.. aduss.. LAYAN~



Tuesday, November 8, 2011

kem PIMPIN SISWA

as salam..
huhu.. tiba-tiba penDEK jadi baik lak.. hahah..
ni sebab penDEK nak cerita kisah penDEK pergi kem pimpin siswa kat

kem d'Puncak briss lake, Sik, Kedah

cerita ni dah lama, tapi penDEK nak cerita juga..
lokasi  : kem d'Puncak briss lake, Sik, Kedah
tarikh : 14hb-16hb oktober 2011

ini merupakan kem yang paling best dan penDEK sgt enjoy sepanjang aktiviti kat kem ni..
macam-macam yang penDEK dapat manfaat. antaranya:

 @ penDEk dapat kenal lagi ramai kawan
@ bekerjasama dalam kumpulan
@ keYAKINan diri
@ berfikir tentang isu-isu semasa
@ INTEGRITY 
dan banyak lagi. penDEK kata ini sajalah. jom! penDEK bawa ke kem.

sebelum bertolak
gaya orchestral < membina keYAKINan > 
kawan-kawan ceria yang sentiasa menyokong penDEK
luv u all :)
masa ni penDEK eksiden : lebam teruk kat kaki

aktiviti berkumpulan
gugurl u all. < meeoww >
bersama AYAM :P
masuk dalam tasik beb.. masyuk!!
sketsa ringkas
watak penDEK : MJ < mangkuk jamban >
MJ + mr X (basikal BMX)
GROUP 7 
segala kenangan pahit manis bersama mereka tidak akan penDEK lupakan. 
InsyaAllah :) 
kehadiran mereka amat menghiburkan hati dan memberi semangat kepada penDEK utk maju dan tidak mudah berputus asa.

salam rindu,
penDEK :)












Thursday, October 13, 2011

sesi fotografi

hari ni ada sesi fotografi kt dataran bintang utk student pure physic
macam artis2 u all
so, before the session,, ktorang praktis la dulu.. amik gmbar.. 
haha..
jakun gila.. 
tp ni la yang merapatkan silaturrahim
gelak ramai
buat lawak macam2.. ada yang coat besau sgt laa..
ahaha.. kurus sgt tu..
ada yang nk terbang laa.. lucu gila..
jalan sikit je posing,, posing sikit je jalan.. haha..


penDEK x nak kata panjang

enjoy the PHOTOssssss...















dah nama nya penDEK kn??
 post x pernah panjang..
maaf laa.. segan nk posing sgt
penDEK da panas ni.. 
mmeeooowww :P

< trimas >