penDEK ada buat sedikit kajian, penDEK cari kat yahoo.ans apakah silent talker ni. dan bagi pendapat penDEK...
'Silent Talker' (singkatan ST)
merupakan seseorang yang suka berkata-kata dalam diam. ini bukan bermakna untuk mengumpat. ST ini hanya berkata-kata melalui penulisan. ST ingin berkata-kata, luahkan apa yang mereka rasa tapi mereka tidak mempunyai kudrat untuk mengatakannya.
mereka mempunyai sifat seperti pemalu, kurang mesra atau mesra terhadap orang tertentu sahaja, cuba untuk menghargai hubungan mereka, kurang berpengetahuan sehinggakan mereka memerlukan masa yang lama untuk berkata tentang sesuatu. mereka juga mungkin seorang yang teliti, mereka perlu berfikir sedalam-dalamnya untuk berkata-kata. mereka kurang menyakitkan hati orang lain kerana sememangnnya mereka kurang berkata-kata. tapi, mungkin juga ada yang terasa, kerana mereka diam sahaja. sesungguhnya pandangan manusia berbeza-beza. sukar untuk dijangka. ST lebih suka menulis berbanding berkata-kata. mereka lebih kerap memencilkan diri. kita sukar mengetahui isi hati si ST kerana mereka lebih suka menyimpannya dan lebih kronik lagi 'berdendam'. namun, terdapat kemudahan lain untuk mengenali si ST dengan lebih mendalam.
cara si Silent Talker
si ST ini berkata-kata menggunakan penulisan.
sekarang ada Facebook, twitter, blogger dan banyak lagi. dari laman web sosial ini, mereka membuka minda mereka lebih luas dimana mereka tidak perlu berhadapan dengan orang lain untuk berbual. kemudahan chatting untuk mereka berbual, bergurau mesra walaupun hanya melalui penulisan. malahan, bagi pasangan bercinta atau mana insan yang mempunyai perselisihan faham dengan si ST, janganlah marah mereka secara berhadapan. sifat peMALU mereka menyebabkan mereka mudah terluka dan tidak akan melawan. sifat ini juga menyebabkan si ST mudah berdendam. seboleh-bolehnya, selesaikan dengan cara 'slow talk'. buat sesi luahan perasaan. ataupun selesaikan dengan menggunakan perkhidmatan SMS@chatting. kemungkinan, si ST akan kembali ceria apabila berjumpa dan berpura-pura tiada apa-apa yang berlaku. berblogging adalah cara mereka menceritakan kisah hidup mereka.

bahaya si Silent Talker
- mudah terluka
- tertekan
- berDENDAM
- membawa kepada migrain, Depression
jika Si Silent Talker ini dalam bahaya, kemungkinan menyebabkan kejadian amuk, silent killer, bunuh diri
p/s : si ST mungkin boleh memberitahu sifat-sifat orang yang menyakitinya di FB.. opppsss.. bahaya
p/s : si ST mungkin boleh memberitahu sifat-sifat orang yang menyakitinya di FB.. opppsss.. bahaya
jadi, bantulah si silent talker ini, bawa mereka berbual, jangan biarkan mereka keseorangan. mudah-mudahan mereka akan berubah tapi bukan dengan paksaan. insya-ALLAH :)
#ini hanyalah pandangan penDEK. harap dapat berkongsi. jika ada pandangan, salah dan silap, harap dapat perbetulkan.









No comments:
Post a Comment