Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Snag a Button

SYAHIRA AZMAN

.This is my LIFE.
Profile Graphics, Page Graphics
.21 MAY 1992.
ad + cunti + onte + kakcik + o'ah + adek + penDEK + ahPAN + kapten HEBAT + cik SHORTY + kecik + cot + ira + adeng + ady + syira + sya + cek mek + bubu +
ex : SKDIS, SAAT2, SKMS, SAAT3, SKPG3, SIGSJB, KMNS.. now : USM penang.

Showing posts with label dear bloggie. Show all posts
Showing posts with label dear bloggie. Show all posts

Tuesday, October 29, 2013

sudah lapuk lagi berhabuk

last update

Tuesday, August 14, 2012 ??


huaaa... lama AD tak update blog .. uhuk uhuk.. berhabuk.. 
btw, sekarang AD tengah busy dengan Final Year Project. AD kena buat CAI (computer added system) topic on Graphene. memang hidup mengadap laptop je lah.. mula-mula Ad guna netbook je.. then kesian pula kat budak kecik tu nak carry software berat-berat macam Adobe Director 2, Photoshop etc..
So, im using my lappy.. haha.. dah keluar nama manja dia.. alang-alang tengah kerja mengadap laptop je, sampai mata putih... i'm using this opportunity to wipe all the "habuk"s. playlist pun memang dah kuno gila dah ni..
another btw, im working on my new web page. bukan blog. surprise.. tak tawu la bila nak siap tu.. tungguuuuuuu..

"masih setia dengan bloggie untuk 4 tahun 2 bulan 1 minggu 1 hari "

Thursday, August 9, 2012

versi kawan @ versi kekasih

assalamualaikum..
cik penDEK ingin membebel..

kekasih? maaf laa.. ayat agak jiwang.

korang pasti dapat membezakan antara si dia semasa korang versi kawan dengan si dia semasa korang versi kekasih. transformasi dari kawan kepada kekasih.

versi kawan
> korang boleh kongsi apa-apa masalah. si dia lebih bersikap terbuka dan akan menasihati korang dengan lemah lembut..
> bebas? haruslah.. korang bebas berkawan dengan sesiapa yang korang suka. si dia pun salah seorang kawan anda masa tu. open minded lah kan.
> bosan? korang pernah rasa bosan tak dengan kawan korang? hari-hari ada je benda yang korang gosipkan.. nak cakap ap pun ckp la bah.. boleh bah kalau ko.. HAHA..

versi kekasih
> masalah korang kini milik bersama . bak kata orang putih "u jump, i jump " tapi, korang yang akan mendapat stress kerana cara nasihat kini bertukar bebelan atau jiwang? . alasannya kerana risau. achaner tu?
> bebas? hmm.. korang kekasih.. korang rasa terikat dengan si dia.
" sayang, i tak suka u kawan dengan ramai lelaki. u kan kekasih i. i sayang u, i tak nak hilang u "
wahai kekasih di luar sana, berilah kebebasan kepada pasangan anda untuk berKAWAN. percayalah kepada kekasih mu, jangan ajari dia berBOHONG semata-mata kerana inginkan hidup mereka yang ingin berkawan.
> Bosan? hari-hari texting on the same topic. achaner tu? nak gosip nnt korang yg kena.. nk jiwang hari-hari pun rasa lucu lama-lama. apa kata korang bg masa kat pasangan korang rindu ayat-ayat jiwang dari korang. 

post kali ni mungkin lebih memihak kepada kawan. jangan salahi kekasih korang, manusia diciptakan pelbagai untuk melengkapi antara satu sama lain. seronok berkawan berubah apabila berubah perasaan. ini hanyalah pendapat. berkasih selepas nikah lebih afdal. 

jadi, nikmatilah hidupmu sebelum kamu memikul tanggungjawab yang lebih besar kelak. penDEK turut mengambil iktibar  :) salam ramadhan.



Sunday, June 3, 2012

dia datang dan pergi

saat ayah datang ialah saat yang paling mendebarkan. jiwa aku tak keruan. aku tak senang duduk tatkala menanti kehadiran ayah. aku rindu ayah, aku ingin berjumpa ayah. aku ingin bercakap-cakap dengan ayah akan perkembangan terbaru aku. aku merancang apa yang perlu aku bualkan. aku tak mahu ayah bosan bersama dengan aku. aku rindu hendak bermanja dengan ayah. sepuluh tahun aku sepi tanpa ayah.

pagi tu, aku ingin menjadi orang pertama yang berjumpa dengan ayah. aku menanti di hadapan jalan ke rumah kami. aku menunggu kehadiranmu ayah. hari ni akak bertunang. ayah datanglah.. tengok anak ayah. dah besar, dah nak tunang dah.. AD pun nak jumpa ayah. 

aku nampak kereta, proton waja.. aku tahu itu ayahku. cepat-cepat aku hubungi kakak ku di rumah. ayah dah sampai. cepatlah keluar jemput ayah. tapi, ayah datang dengan siapa? siapa duduk sebelah ayah tu? ooh, anak ayah. tak mengapalah, aku cuba terima kenyataan, dia juga adikku. aku salam ayah, ku kucup tangannya. "ayah sihat?" ayah menjawab sihat.. aku menjemput ayah masuk. aku semakin berdebar. semua yang berada di rumah ialah keluarga mama yang juga dah sepuluh tahun tidak berjumpa ayah. 

aku tahu ayah punya kekuatan. aku mahukan ayah berada di majlis rumah kami. aku juga mahukan keluarga yang lengkap. aku biarkan ayah duduk bersama pak ngah. ayah berbual. aku harap ayah tak busan. aku mahukan yang terbaik untuk ayah. aku sibuk menguruskan kerja-kerja lain dalam keadaan aku tak sihat. dah tiga minggu aku demam malam. aku demam rindu, demam rindu pada keluarga, pada mama, pada ayah. maaf mama, kakak tak dapat tolong sangat. AD tak kuat, AD tak larat. tp AD cuba. OK?  :) 

majlis berjalan lancar. aku gembira ayah berada di samping akak. aku pun mahu juga. aku turun membawa hantaran akak, aku duduk bersama mereka. aku bangga ada ayah. aku ingin luangkan masa bersama ayah. hari semakin petang, badan ku semakin lemah. aku mengambil tempat duduk di sebelah ayah. aku pegang tangan ayah. "ayah,, malam ni AD balik Penang, ayah nak hantar AD tak malam ni? " ayah jawab, " maaf D, ayah ada hal malam ni. kejap lagi ayah dah nak balik " oh,, tak mengapalah.. nanti mama hantar AD. hati aku sebak, badan semakin lemah. ok, mungkin aku perlu makan. selesai makan, aku nampak ayah, dia nak balik dah.. cepat-cepat aku pergi dekat. "ayah nak balik?" aku salam ayah, aku peluk ayah. aku tak dapat menahan air mata ku. aku biar ayah pergi, aku sembunyi di belakang kerusi, aku tak mahu lihat ayah pergi. aku tak mahu orang lihat aku menangis. AD kan dah besar, tak kan nak nangis lagi. mama nampak aku, mama tarik aku. "pergilah hantar ayah pulang" air mata ku mengalir lebih laju. merah mata aku. lemah badan ku. suhu badan semakin hangat. aku pergi dengan mama. namun ayah seakan tidak mengerti akan tangisan ini. dia tetap pergi. hatiku memujuk, tidak mengapalah. mungkin ayah benar-benar sibuk. biarkan dia pergi. nanti dia kembali lagi. aku pasti. aku pun melambai ayah..

aku pergi masuk rumah, aku berharap tiada siapa melihat tangisan aku. aku bersembunyi di dalam bilik. aku perlu bersendirian. kepala ku berat...


tadi aku menghubungi mama, Alhamdulillah.. mama semakin sihat.. aku bertanya tentang majlis tempoh hari. papa (pak cik) marah aku menangis, sedangkan waktu tu,, papa dah pergi kerja. dalam ramai-ramai. dia nampak tangisan ku walaupun tiada di situ. jangan salah sangka dan jangan marah kalau dia menyayangi ku seperti anak sendiri. dia faham keadaan ku.. yang perlukan ayah. aku mengaku, aku memang manja. 


walau apa pun yang terjadi, AD tetap sayangkan ayah.

^ SELAMAT HARI BAPA ^

17 jun 2012
hargailah ayahmu~

Friday, February 17, 2012

apabila diri tiada berGUNA

RT : apabila anda ingin berbahagia, buatlah dirimu berguna

masalahnya, saya ni berguna ke?
#uselesssss...


penDEK baru terfikir, penDEK baru terasa. tak berguna aku ni. esp, kepada kawan-kawan dan mereka disekeliling penDEK. kadang-kadang, bila mereka berbual, penDEK tak ada idea apa-apa nak dibualkan.

penDEK pernah update : ask me NOTHING, i'm USELESS 

sebenarnya banyak kali penDEK terasa. penDEK tak mudah berbual walaupun penDEK nampak mesra. itu semua hanyalah PICISAN semata-mata.
dan tak perlulah kawan-kawan tanya apa-apa kat penDEK. sebab penDEK tak ada pengetahuan apa-apa nak jawab. bukan sekali terasa, banyak kali. dan menyebabkan penDEK sendiri putus asa. penDEK tak nak kecewakan kawan-kawan. tapi malangnya, penDEK yang kecewa dengan diri sendiri. huu.. SEDIH..

seterusnya : saya tahu saya lapar.. tapi saya 


tak makan orang.. jangan takut dengan saya


penDEK perlukan kawan, tapi mungkin salah penDEK juga. penDEK kurang ambil tahu tentang hal orang lain. jadi, orang lain tak perlu ambil tahu pasal penDEK.








i'm NOTHING and I'm LOST : penDEK

Sunday, January 22, 2012

bukan TAMAK cuma tak nak kehilangan

AMARAN!
post kali ni ayat novel sikit. agak jiwang dan melayan perasaan :P

saat ni, perkataan sayang tu bermain-main di kepala ni. antara menyayangi dan disayangi, yang mana patut disusun dalam ayat jiwang2 terlebih dahulu??

for sure la di sayangi.. kenapa? sebab kalau kita pasti orang tu sayang kita, tinggal giliran kita pula untuk menyayangi.

kalau menyayangi dahulu, sukar untuk kita membuat orang yg kita sayang tu, sayang kt kita balik. dan mungkin tidak sedikit pn ada rasa sayang kt kita.

tapi,, siapa nak mulakan bab sayang-sayang ni.. kalau semua orang tunggu untuk disayangi, siapa nak menyayangi. sebab tu la tuhan maha adil, berikan kita perasaan. bukan untuk di sakiti. tapi untuk disayangi sesama kita.

renung-renungkan....

dan 
tajuk sebenar, bukan tamak, cuma tak nak kehilangan.
apa perasaan bila ada org sayang kita? bahagia gilaaa kan? terharu sangat..
so, kumpulkanlah orang yg sayang kita, dan belajar untuk menghargai mereka,  ini bukan tamak, cuma tak nak kehilangan. cuba bayangkan kalau satu hari nanti tak ada orang sayang kita? aiyok! tak tahu. penDEK tak nak keseorangan, penDEK takut. jangan marah penDEK, mungkin cara penDEk salah. perbetulkanlah pemikiran penDEk. 

penDEk tahu tamak tu tak bagus, bila ada orang sayang, penDEK pergi kejar orang yang belum tentu sayang penDEk. bodoh ke macam tu? hmm.. tak apalah, penDEK usha dari FB pun cukuplah.. tapi sampai bila penDEK nak mengejar ni, nanti makin pendek lak.. aduss.. LAYAN~



Tuesday, November 8, 2011

kem PIMPIN SISWA

as salam..
huhu.. tiba-tiba penDEK jadi baik lak.. hahah..
ni sebab penDEK nak cerita kisah penDEK pergi kem pimpin siswa kat

kem d'Puncak briss lake, Sik, Kedah

cerita ni dah lama, tapi penDEK nak cerita juga..
lokasi  : kem d'Puncak briss lake, Sik, Kedah
tarikh : 14hb-16hb oktober 2011

ini merupakan kem yang paling best dan penDEK sgt enjoy sepanjang aktiviti kat kem ni..
macam-macam yang penDEK dapat manfaat. antaranya:

 @ penDEk dapat kenal lagi ramai kawan
@ bekerjasama dalam kumpulan
@ keYAKINan diri
@ berfikir tentang isu-isu semasa
@ INTEGRITY 
dan banyak lagi. penDEK kata ini sajalah. jom! penDEK bawa ke kem.

sebelum bertolak
gaya orchestral < membina keYAKINan > 
kawan-kawan ceria yang sentiasa menyokong penDEK
luv u all :)
masa ni penDEK eksiden : lebam teruk kat kaki

aktiviti berkumpulan
gugurl u all. < meeoww >
bersama AYAM :P
masuk dalam tasik beb.. masyuk!!
sketsa ringkas
watak penDEK : MJ < mangkuk jamban >
MJ + mr X (basikal BMX)
GROUP 7 
segala kenangan pahit manis bersama mereka tidak akan penDEK lupakan. 
InsyaAllah :) 
kehadiran mereka amat menghiburkan hati dan memberi semangat kepada penDEK utk maju dan tidak mudah berputus asa.

salam rindu,
penDEK :)












Saturday, October 8, 2011

wireless

ni lagi 1 penDEK nak cerita,.. segan kot.. haha..
selama ni, penDEK online guna bb yg belum tentu ada line.. gggrrr... chipsmore pn kalah.. 
ni sebab charger lappy penDEK patah, ganas gle kn? 
so, penDEK pluggin je.. x bole bwk g mana2.. nk cari student yg guna lappy dell mmg susa laa.. 
< ehem, im PROUD to be DIFFerent >
btw, thanx to encik jaz eman < nme fb >
yg sanggup membantu penDEK.. set up wireless kt lappy penDEK :) terharu sgt2..
rasa bersyukur gle laa.. mgkin ni sbb penDEK x berani nk cuba sesuatu.. tp ye berani even ye x pernah buat.. 

beranikan diri anda :)

btw,
thanx a lot.. 
JAsa anda amat penDEK kenang :)
mmeeooww..

Friday, May 6, 2011

semangat!!

bloggie..
nak tahu satu cerita tak?
ahaha.. nak tak nak.. kne nak juga.. ahahha
kejam kan?

petang tadi, masa kat hospital.. dapat panggilan drpd pizza hut..
yeah!! dapat keje... esok dah kena mula kerja.. dr pukul 3 ptg sampai pukul 12 tgh mlm..
tak sabar rasanya.. dengan badan tak sihat ni.. kena gagahkan juga.. takkan laa 1st day kerja dah minta cuti.. ish ish ish..
i have to prepare myself.. baju.. kasut.. tudung.. as trainee je...
tapi kita kena semangat!!
go chaiyok2..pray for me k bloggie..
tak sabar rasa nya.. berdebar-debar pn ada.. ahahaha.. its normal..

Wednesday, May 4, 2011

smile :)

nothing much to write..
just.. I WISH THAT I COULD SMILE LIKE U

Sunday, May 1, 2011

fiesta hari pekerja

lokasi: bukit layang-layang pasir gudang, Johor
masa: 9pagi-12tgh mlm
tarikh: 28april-2mei 2011

hari ni, 1mei.. SELAMAT HARI PEKERJA buat semua pekerja yg banyak menabur bakti dalam sektor masing-masing di seluruh dunia. jasa anda semua amat dikenang.

dalam jam 10.30 malam, seperti biasa,saya keluar bersama-sama menikmati cuti bersama dua keluarga tercinta. kami pergi ke fiesta hari pekerja ni. masa kami sampai, ada pertandingan nyanyian. boleh tahan jugalah suara orang pasir gudang ni.. pemenang tu mohd ap nta.. yg penting kmi main panggil dia WAN.. hahaha.. suara dia memang mantap laaa.. bak kata kak ogy, sampai lagu tu.. akak dapat rasakan.. agagga.. layannnn..
HEPI? boleh laa buat release tension..

dear bloggie

sory bloggie.. lama x update.. got no idea in my brain..
later i will come out with something new..
wait for me,
i'll be there for you..
sooonnn....

Friday, April 8, 2011

unpredictable

hmm.. x sangka.. ego seorang insan boleh gugur kerana orang lain..
aku igt aku kuat.. tp x,, aku yg nangis dulu.. demi dia,, sbb dia.. ap sala aku?
aku menjadi diri aku sndiri.. terima kasih kerana menjaga hati aku.. terima kasih kerana memendam suara kasar mu utk ku.. aku x biasa.. aku mudah terasa.. ini aku, aku mmg manja. kalau ko menjaga hati aku tetapi aku masih terasa.. lau ko x jaga? aku cukup terluka.. x pernah ada org ckp aku baik... THANX a lot.. ni pengalaman aku.. pas ni,, mcm2 jenis manusia yg aku akn jumpa.. THANX 4 DA MEMORIES.. aku akan menjadi diriku..

Monday, April 4, 2011

bloggie :(

i need some one to be by my side.. i need shoulder to cry.. what ive done??
aarrrrggghhhh... think how bad i am.. why should i let him go..
bloggie,, stay wif me.. im sorry 4 forgetting u..
i know, im not the perfect fit 4 u, bloggie.. thanx for excepting me.. for who i am..
stay by my side..
alwayz love u bloggie..