Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Snag a Button

SYAHIRA AZMAN

.This is my LIFE.
Profile Graphics, Page Graphics
.21 MAY 1992.
ad + cunti + onte + kakcik + o'ah + adek + penDEK + ahPAN + kapten HEBAT + cik SHORTY + kecik + cot + ira + adeng + ady + syira + sya + cek mek + bubu +
ex : SKDIS, SAAT2, SKMS, SAAT3, SKPG3, SIGSJB, KMNS.. now : USM penang.

Friday, February 17, 2012

Silent TAlker X_x

kali ni penDEK nak cerita tentang satu istilah yang penDEK tak tahu penDEK dapat dari mana. penDEk hanya terfikir. dan penDEK dapat memahami silent talker ni.

penDEK ada buat sedikit kajian, penDEK cari kat yahoo.ans apakah silent talker ni. dan bagi pendapat penDEK...

'Silent Talker'  (singkatan ST) 
merupakan seseorang yang suka berkata-kata dalam diam. ini bukan bermakna untuk mengumpat. ST ini hanya berkata-kata melalui penulisan. ST ingin berkata-kata, luahkan apa yang mereka rasa tapi mereka tidak mempunyai kudrat untuk mengatakannya.
mereka mempunyai sifat seperti pemalu, kurang mesra atau mesra terhadap orang tertentu sahaja, cuba untuk menghargai hubungan mereka, kurang berpengetahuan sehinggakan mereka memerlukan masa yang lama untuk berkata tentang sesuatu. mereka juga mungkin seorang yang teliti, mereka perlu berfikir sedalam-dalamnya untuk berkata-kata. mereka kurang menyakitkan hati orang lain kerana sememangnnya mereka kurang berkata-kata. tapi, mungkin juga ada yang terasa, kerana mereka diam sahaja. sesungguhnya pandangan manusia berbeza-beza. sukar untuk dijangka. ST lebih suka menulis berbanding berkata-kata. mereka lebih kerap memencilkan diri. kita sukar mengetahui isi hati si ST kerana mereka lebih suka menyimpannya dan lebih kronik lagi 'berdendam'. namun, terdapat kemudahan lain untuk mengenali si ST dengan lebih mendalam.

cara si Silent Talker 


si ST ini berkata-kata menggunakan penulisan.
sekarang ada Facebook, twitter, blogger dan banyak lagi. dari laman web sosial ini, mereka membuka minda mereka lebih luas dimana mereka tidak perlu berhadapan dengan orang lain untuk berbual. kemudahan chatting untuk mereka berbual, bergurau mesra walaupun hanya melalui penulisan. malahan, bagi pasangan bercinta atau mana insan yang mempunyai perselisihan faham dengan si ST, janganlah marah mereka secara berhadapan. sifat peMALU mereka menyebabkan mereka mudah terluka dan tidak akan melawan. sifat ini juga menyebabkan si ST mudah berdendam. seboleh-bolehnya, selesaikan dengan cara 'slow talk'. buat sesi luahan perasaan. ataupun selesaikan dengan menggunakan perkhidmatan SMS@chatting. kemungkinan, si ST akan kembali ceria apabila berjumpa dan berpura-pura tiada apa-apa yang berlaku. berblogging adalah cara mereka menceritakan kisah hidup mereka.

bahaya si Silent Talker

  • mudah terluka
  • tertekan
  • berDENDAM
  • membawa kepada migrain, Depression 
jika Si Silent Talker ini dalam bahaya, kemungkinan menyebabkan kejadian amuk, silent killer, bunuh diri

p/s : si ST mungkin boleh memberitahu sifat-sifat orang yang menyakitinya di FB.. opppsss.. bahaya 

jadi, bantulah si silent talker ini, bawa mereka berbual, jangan biarkan mereka keseorangan. mudah-mudahan mereka akan berubah tapi bukan dengan paksaan. insya-ALLAH :)

#ini hanyalah pandangan penDEK. harap dapat berkongsi. jika ada pandangan, salah dan silap, harap dapat perbetulkan. 

apabila diri tiada berGUNA

RT : apabila anda ingin berbahagia, buatlah dirimu berguna

masalahnya, saya ni berguna ke?
#uselesssss...


penDEK baru terfikir, penDEK baru terasa. tak berguna aku ni. esp, kepada kawan-kawan dan mereka disekeliling penDEK. kadang-kadang, bila mereka berbual, penDEK tak ada idea apa-apa nak dibualkan.

penDEK pernah update : ask me NOTHING, i'm USELESS 

sebenarnya banyak kali penDEK terasa. penDEK tak mudah berbual walaupun penDEK nampak mesra. itu semua hanyalah PICISAN semata-mata.
dan tak perlulah kawan-kawan tanya apa-apa kat penDEK. sebab penDEK tak ada pengetahuan apa-apa nak jawab. bukan sekali terasa, banyak kali. dan menyebabkan penDEK sendiri putus asa. penDEK tak nak kecewakan kawan-kawan. tapi malangnya, penDEK yang kecewa dengan diri sendiri. huu.. SEDIH..

seterusnya : saya tahu saya lapar.. tapi saya 


tak makan orang.. jangan takut dengan saya


penDEK perlukan kawan, tapi mungkin salah penDEK juga. penDEK kurang ambil tahu tentang hal orang lain. jadi, orang lain tak perlu ambil tahu pasal penDEK.








i'm NOTHING and I'm LOST : penDEK