Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Snag a Button

SYAHIRA AZMAN

.This is my LIFE.
Profile Graphics, Page Graphics
.21 MAY 1992.
ad + cunti + onte + kakcik + o'ah + adek + penDEK + ahPAN + kapten HEBAT + cik SHORTY + kecik + cot + ira + adeng + ady + syira + sya + cek mek + bubu +
ex : SKDIS, SAAT2, SKMS, SAAT3, SKPG3, SIGSJB, KMNS.. now : USM penang.

Tuesday, November 12, 2013

rise n shine!

amacam? nampak semangat tak pagi ni?

bagi AD, nak bergaya tu tak salah. ( jangan over sudah )
bergaya untuk kepuasan diri sendiri je.
cuba bayangkan, korang dah bersiap pagi-pagi. then korang tengok diri kat cermin dan senyum. dalam hati cakap, "oh, dah comel dah aku ni.huhu" gelak sikit. haha..
bukan nak perasan. tapi untuk kepuasan diri sendiri je. biarlah apa orang lain nak kata. cara pun dapat meningkatkan keyakinan diri.

ok. ni update dalam kereta. otw nak pergi kelas material sc. semoga semangat ni bertahan hingga tidur nanti..

Sunday, November 10, 2013

testing

salam selamat pagi :)
AD baru sampai Penang lepas seminggu cuti midsem.
heaven gila duduk rumah. sebab tu lah orang cakap "rumahku syurgaku"
act, AD saja je nak cuba try test new app yg AD baru dowload dari google store utk update blog guna smartphone je.
ish ish ish. bijaksana, bijaksini, bijaksitu..

Tuesday, October 29, 2013

sudah lapuk lagi berhabuk

last update

Tuesday, August 14, 2012 ??


huaaa... lama AD tak update blog .. uhuk uhuk.. berhabuk.. 
btw, sekarang AD tengah busy dengan Final Year Project. AD kena buat CAI (computer added system) topic on Graphene. memang hidup mengadap laptop je lah.. mula-mula Ad guna netbook je.. then kesian pula kat budak kecik tu nak carry software berat-berat macam Adobe Director 2, Photoshop etc..
So, im using my lappy.. haha.. dah keluar nama manja dia.. alang-alang tengah kerja mengadap laptop je, sampai mata putih... i'm using this opportunity to wipe all the "habuk"s. playlist pun memang dah kuno gila dah ni..
another btw, im working on my new web page. bukan blog. surprise.. tak tawu la bila nak siap tu.. tungguuuuuuu..

"masih setia dengan bloggie untuk 4 tahun 2 bulan 1 minggu 1 hari "

Tuesday, August 14, 2012

kita serasi ke?

ini adalah dialog antara si A dan si K :)

si K : awak, sayang saya tak?
si A : saya tak tahu nak luahkan sayang saya kat awak macam mana.
si K : kenapa? sampai hati awak.
si A : yelah, setiap kali kita berjumpa, awak bagaikan nampak bantal yang awak boleh tumbuk dan lepaskan geram. awak ingat saya ni apa??!
si K : saya minta maaf, saya tak sepatutnya buat macam tu. tapi keadaan memaksa. awak tu garang sangat. saya geram!  jangan di cabar siapa yang sabar.

si A dan si K terus bergaduh. inilah pepatah melayu yang berbunyi

"bagaikan anjing (si A) dengan kucing (si K )" 



Thursday, August 9, 2012

versi kawan @ versi kekasih

assalamualaikum..
cik penDEK ingin membebel..

kekasih? maaf laa.. ayat agak jiwang.

korang pasti dapat membezakan antara si dia semasa korang versi kawan dengan si dia semasa korang versi kekasih. transformasi dari kawan kepada kekasih.

versi kawan
> korang boleh kongsi apa-apa masalah. si dia lebih bersikap terbuka dan akan menasihati korang dengan lemah lembut..
> bebas? haruslah.. korang bebas berkawan dengan sesiapa yang korang suka. si dia pun salah seorang kawan anda masa tu. open minded lah kan.
> bosan? korang pernah rasa bosan tak dengan kawan korang? hari-hari ada je benda yang korang gosipkan.. nak cakap ap pun ckp la bah.. boleh bah kalau ko.. HAHA..

versi kekasih
> masalah korang kini milik bersama . bak kata orang putih "u jump, i jump " tapi, korang yang akan mendapat stress kerana cara nasihat kini bertukar bebelan atau jiwang? . alasannya kerana risau. achaner tu?
> bebas? hmm.. korang kekasih.. korang rasa terikat dengan si dia.
" sayang, i tak suka u kawan dengan ramai lelaki. u kan kekasih i. i sayang u, i tak nak hilang u "
wahai kekasih di luar sana, berilah kebebasan kepada pasangan anda untuk berKAWAN. percayalah kepada kekasih mu, jangan ajari dia berBOHONG semata-mata kerana inginkan hidup mereka yang ingin berkawan.
> Bosan? hari-hari texting on the same topic. achaner tu? nak gosip nnt korang yg kena.. nk jiwang hari-hari pun rasa lucu lama-lama. apa kata korang bg masa kat pasangan korang rindu ayat-ayat jiwang dari korang. 

post kali ni mungkin lebih memihak kepada kawan. jangan salahi kekasih korang, manusia diciptakan pelbagai untuk melengkapi antara satu sama lain. seronok berkawan berubah apabila berubah perasaan. ini hanyalah pendapat. berkasih selepas nikah lebih afdal. 

jadi, nikmatilah hidupmu sebelum kamu memikul tanggungjawab yang lebih besar kelak. penDEK turut mengambil iktibar  :) salam ramadhan.