Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Snag a Button

SYAHIRA AZMAN

.This is my LIFE.
Profile Graphics, Page Graphics
.21 MAY 1992.
ad + cunti + onte + kakcik + o'ah + adek + penDEK + ahPAN + kapten HEBAT + cik SHORTY + kecik + cot + ira + adeng + ady + syira + sya + cek mek + bubu +
ex : SKDIS, SAAT2, SKMS, SAAT3, SKPG3, SIGSJB, KMNS.. now : USM penang.

Sunday, June 3, 2012

dia datang dan pergi

saat ayah datang ialah saat yang paling mendebarkan. jiwa aku tak keruan. aku tak senang duduk tatkala menanti kehadiran ayah. aku rindu ayah, aku ingin berjumpa ayah. aku ingin bercakap-cakap dengan ayah akan perkembangan terbaru aku. aku merancang apa yang perlu aku bualkan. aku tak mahu ayah bosan bersama dengan aku. aku rindu hendak bermanja dengan ayah. sepuluh tahun aku sepi tanpa ayah.

pagi tu, aku ingin menjadi orang pertama yang berjumpa dengan ayah. aku menanti di hadapan jalan ke rumah kami. aku menunggu kehadiranmu ayah. hari ni akak bertunang. ayah datanglah.. tengok anak ayah. dah besar, dah nak tunang dah.. AD pun nak jumpa ayah. 

aku nampak kereta, proton waja.. aku tahu itu ayahku. cepat-cepat aku hubungi kakak ku di rumah. ayah dah sampai. cepatlah keluar jemput ayah. tapi, ayah datang dengan siapa? siapa duduk sebelah ayah tu? ooh, anak ayah. tak mengapalah, aku cuba terima kenyataan, dia juga adikku. aku salam ayah, ku kucup tangannya. "ayah sihat?" ayah menjawab sihat.. aku menjemput ayah masuk. aku semakin berdebar. semua yang berada di rumah ialah keluarga mama yang juga dah sepuluh tahun tidak berjumpa ayah. 

aku tahu ayah punya kekuatan. aku mahukan ayah berada di majlis rumah kami. aku juga mahukan keluarga yang lengkap. aku biarkan ayah duduk bersama pak ngah. ayah berbual. aku harap ayah tak busan. aku mahukan yang terbaik untuk ayah. aku sibuk menguruskan kerja-kerja lain dalam keadaan aku tak sihat. dah tiga minggu aku demam malam. aku demam rindu, demam rindu pada keluarga, pada mama, pada ayah. maaf mama, kakak tak dapat tolong sangat. AD tak kuat, AD tak larat. tp AD cuba. OK?  :) 

majlis berjalan lancar. aku gembira ayah berada di samping akak. aku pun mahu juga. aku turun membawa hantaran akak, aku duduk bersama mereka. aku bangga ada ayah. aku ingin luangkan masa bersama ayah. hari semakin petang, badan ku semakin lemah. aku mengambil tempat duduk di sebelah ayah. aku pegang tangan ayah. "ayah,, malam ni AD balik Penang, ayah nak hantar AD tak malam ni? " ayah jawab, " maaf D, ayah ada hal malam ni. kejap lagi ayah dah nak balik " oh,, tak mengapalah.. nanti mama hantar AD. hati aku sebak, badan semakin lemah. ok, mungkin aku perlu makan. selesai makan, aku nampak ayah, dia nak balik dah.. cepat-cepat aku pergi dekat. "ayah nak balik?" aku salam ayah, aku peluk ayah. aku tak dapat menahan air mata ku. aku biar ayah pergi, aku sembunyi di belakang kerusi, aku tak mahu lihat ayah pergi. aku tak mahu orang lihat aku menangis. AD kan dah besar, tak kan nak nangis lagi. mama nampak aku, mama tarik aku. "pergilah hantar ayah pulang" air mata ku mengalir lebih laju. merah mata aku. lemah badan ku. suhu badan semakin hangat. aku pergi dengan mama. namun ayah seakan tidak mengerti akan tangisan ini. dia tetap pergi. hatiku memujuk, tidak mengapalah. mungkin ayah benar-benar sibuk. biarkan dia pergi. nanti dia kembali lagi. aku pasti. aku pun melambai ayah..

aku pergi masuk rumah, aku berharap tiada siapa melihat tangisan aku. aku bersembunyi di dalam bilik. aku perlu bersendirian. kepala ku berat...


tadi aku menghubungi mama, Alhamdulillah.. mama semakin sihat.. aku bertanya tentang majlis tempoh hari. papa (pak cik) marah aku menangis, sedangkan waktu tu,, papa dah pergi kerja. dalam ramai-ramai. dia nampak tangisan ku walaupun tiada di situ. jangan salah sangka dan jangan marah kalau dia menyayangi ku seperti anak sendiri. dia faham keadaan ku.. yang perlukan ayah. aku mengaku, aku memang manja. 


walau apa pun yang terjadi, AD tetap sayangkan ayah.

^ SELAMAT HARI BAPA ^

17 jun 2012
hargailah ayahmu~