Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Snag a Button

SYAHIRA AZMAN

.This is my LIFE.
Profile Graphics, Page Graphics
.21 MAY 1992.
ad + cunti + onte + kakcik + o'ah + adek + penDEK + ahPAN + kapten HEBAT + cik SHORTY + kecik + cot + ira + adeng + ady + syira + sya + cek mek + bubu +
ex : SKDIS, SAAT2, SKMS, SAAT3, SKPG3, SIGSJB, KMNS.. now : USM penang.

Thursday, September 9, 2010

myMetro | Setia, cemburu tanda sayang

myMetro | Setia, cemburu tanda sayang

DALAM sesebuah perhubungan, tidak salah jika ada perasaan marah atau cemburu kerana ia sudah adat cuma jangan berlebihan.

Emosi marah tidak harus menguasai diri kerana ia hanya akan mendatangkan keretakan dalam hubungan.

Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenarnya. Kadangkala masalah kecil diperbesarkan sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan berbincang antara satu sama lain. Tetapi apabila perasaan marah sudah menguasai diri dan hubungan berakhir, lazimnya ia berlaku dengan alasan tiada jodoh dan sefahaman. Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan tetapi kita berhak berusaha agar jodoh kekal bersama orang tersayang. Tetapi jangan hanya sebelah pihak saja berusaha. Usaha mesti dilakukan kedua-dua pihak untuk mendapatkan hasil lebih memuaskan. Satu lagi perasaan yang perlu diatasi adalah cemburu. Tidak salah untuk rasa cemburu tetapi biarlah berpada-pada. Memang benar cemburu tandanya sayang tetapi jangan melampaui batas. Tidakkah rasa sia-sia hubungan yang dijalin sekian lama terputus begitu saja hanya disebabkan cemburu pada pasangan? Ramai yang memperkatakan soal cemburu malah pelbagai cara untuk mengekang perasaan cemburu daripada terus menyelubungi hidup.


Terdapat dua langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan perasaan cemburu mengawal hidup kita iaitu jujur dan setia.


Memang ada perkara yang tidak memungkinkan kita berterus terang tapi bagi mengelakkan pasangan memikirkan perkara yang bukan-bukan, lebih baik jujur dan berterus terang dengan pasangan bagi mengelakkan perselisihan faham berterusan.


Jika jujur pada pasangan, sudah pasti dia akan menaruh kepercayaan dan mengekalkan perhubungan itu hingga ke akhir hayat. Kesetiaan juga memainkan peranan penting kerana jika kita sayangkan pasangan, sudah pasti kita juga akan setia padanya. Jika sayangkan seseorang, sudah pasti kita tahu siapa yang ada di hati. Jadi, apabila sentiasa mengingati pasangan, amat mudah untuk kita mengelakkan diri daripada berlaku curang pada pasangan. Cinta terasa indah apabila ke mana saja kita pergi, si dia sedia menemani tetapi terasa pahit apabila kita ternampak pasangan berjalan berdua-duaan bersama insan lain.


Apapun, jangan biarkan marah dan cemburu terlalu menguasai diri. Berikut sedikit panduan untuk membantu kita menjauhi rasa marah dan cemburu, sekali gus mengekalkan keindahan hubungan bersama si dia: > Jangan sesekali memungkiri janji.


> Sentiasa jujur kepada si dia kerana wanita atau lelaki memang benci apabila ditipu.


> Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.


> Jika si dia dalam keadaan bermasalah, sentiasa menggembirakannya.


> Andai anda jujur, si dia akan setia kepada anda.


> Jangan terlalu mengongkong dirinya kerana dia juga inginkan kebebasan.

Friday, September 3, 2010

Muhasabah diri

Sekarang ni bulan ramadhan yg mulia, mMg sesuai uTk kta bermuhasaBah diri dan menginsafi ksalahan yg kta telah lakukan.
Tenang kan fikiran dan disaAt ini aku berfikir bhawa Smakin b'jauhan, smakin kta sdar betapa pnting nya seseorg itU dalam hidup kta.
Dan mungkin disaAt ini, org itU sudah b'ptus asa.
KnyataAn ini hrus ku terima kerana ternyata ksiHnya kian pudar. HanyuT dtelan masa. PerubAhan sekeliling manusia. Dan harus ku terima kenyataAn bhwa
' manusia bole berubAh '
Dahulu aku sering menafikannya. Tp kini aku mengiakannya. Kerna mungkin aku juga salah seorang drpd nya.

Itu harus ku terima...
Walau apa pn yg b'laku,, engkau msih d hati ku...

Thursday, September 2, 2010

Kiwi kurang tekanan ketika berpuasa

2010/08/30 harian metro

TAHUKAH anda sebiji buah kiwi mengandungi zat kalium lebih daripada sebiji pisang manakala kandungan vitamin C pada kiwi pula umpama dua biji oren?


DUA JENIS...kiwi Zespri boleh didapati dalam dua jenis iaitu hijau biasa dan kuning emas.


Kiwi oren

Lebih menarik, sebiji kiwi juga mengandungi kandungan serat umpama kita menikmati semangkuk bijirin selain kaya dengan beta karotina, magnesium, zink, zat besi dan fosforus.

Menurut fakta jenama kiwi terkenal dari New Zealand, Zespri, ia dianggap antara buah yang dapat membantu mengurangkan tekanan pada tubuh ketika berpuasa kerana ia mengandungi pelbagai vitamin dan zat galian penting.

Sama ada dimakan sebelum atau selepas berbuka, kiwi dapat membantu melindungi tubuh daripada jangkitan penyakit kerana kandungan vitamin C di dalamnya membantu meningkatkan sistem imunisasi badan terhadap patogen seperti bakteria.

Selain itu, ia mengandungi vitamin E dan antioksidan penting untuk membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Lebih istimewa, kandungan vitamin C dan karotenoid dalam kiwi juga membantu dalam penyerapan zat besi manakala satu enzim proteolisis aktif yang digelar actinidin dapat menolong meningkatkan penghadaman protein daging, susu, kekacang dan bijirin.

Ramai yang mengalami masalah sembelit ketika di bulan puasa dan untuk mengatasi masalah berkenaan, pakar pemakanan menyarankan pengambilan sebiji kiwi dalam diet harian.

Bagi pesakit diabetes, kiwi mampu membekal sumber tenaga yang diperlukan kerana kajian menunjukkan ia mengandungi indeks glisemia 52, iaitu tahap sederhana ke rendah untuk hidangan sebiji kiwi saiz besar.

Ini bermakna tahap glukosa darah pesakit diabetes juga tidak akan bertambah secara mendadak.

Kajian turut mendapati jika kiwi dimakan sejam sebelum tidur, ia mampu membantu memperbaiki kualiti serta menstabil dan menenangkan angin seseorang.
Bagaimanapun, untuk warga emas yang mempunyai penghadaman lemah, disyorkan menikmati buah berkenaan sejam setengah sebelum tidur.


>Info

· Untuk ­memastikan kiwi hijau sudah siap untuk dimakan, pegang buah antara ibu jari dan jari telunjuk kemudian tekan secara lembut, kiwi yang sedikit lembut sudah boleh dimakan.

· Jika kiwi tidak lembut ketika anda menekan menggunakan ibu jari dan jari ­telunjuk, ia tidak boleh dimakan ­kerana ia belum lagi mencapai tahap kemanisannya.

· Kiwi boleh ditinggalkan untuk masak beberapa hari sehingga seminggu pada suhu bilik, jauh daripada cahaya matahari dan kepanasan.

· Letakkan kiwi di dalam beg kertas bersama epal, pisang atau pir yang boleh mempercepatkan proses masak. Kiwi yang sudah masak boleh diletakkan dalam suhu bilik atau di dalam peti sejuk.

· Kiwi emas pula sudah sedia dimakan apabila dibeli.


Kiwi oren (Hidangan dua orang)

Bahannya:
3 kiwi Zespri Gold - dikupas dan dihiris
3/4 cawan jus oren
Ais krim dan yogurt

Cara penyediaan:

· Masukkan kiwi ke dalam pengisar dengan 3/4 cawan jus oren.

· Kisar sehingga halus dan tuang ke dalam gelas panjang.

· Tuangkan aiskrim atau yogurt.